Friday, May 22, 2020

Hidangan Sihat di Hari Raya | Resepi

Assalammualaikum and Hello everyone !

Wahhh.. pejam celik pejam celik lagi 2 hari je nak raya gaiss.. Cepat betul masa berlalu.. Tahun ni mungkin Suasa Raya agak berbeza dari tahun-tahun yang sebelum ni sebab pendemik COVID-19 yang melanda di seluruh dunia sekarang. Tapi itu tidak menghalang kita untuk terus merasai suasana beraya. Yang paling penting buat masa ni kita mesti la ambil langkah barjaga-jaga. Ikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan and please-please #StayAtHome. Kurang kan keluar kecuali kalau memang terdesak. 

Source: google
Cakap pasal Raya ni, benda paling penting yang membuatkan suasana Beraya itu lebih bermakna ialah juadah makanan Raya. Memandangkan tahun ni beraya kita tidak berpeluang untuk pulang ke kampung, ianya tidak menghalang kita untuk menyediakan Hidangan Hari Raya. Dan selalunya bila raya ni la kita nak makan rendang, ketupat, kuah lodeh dan sebagainya. Tapi gaisss... kita kena beringat-ingat juga.. Makan la dengan kadar sederhana dan jangan membazir okeh. Selain itu, pemilihan makanan dan bahan-bahan yang berkhasiat jugak adalah penting. 



Antara panduan penyediaan hidangan sihat di Hari Raya ialah:
1. Gunakan daging yang dibuang lemak dan ayam yang telah dibuang kulit.
2. Gunakan susu rendah lemak
3. Kurangkan gula, minyak dan lemak dalam penyediaan biskut raya dan kek.
4. Kurangkan penggunaan pewarna tiruan dalam kuih-muih, kek dan puding.
5. Gunakan ramuan tinggi serat untuk membuat biskut dan kuih raya seperti tepung bijirin penuh, oat dan kismis. 

Source: google
Salah satu alternatif untuk mereka yang ingin kurangkan gula tetapi mahu mengekalkan kemanisan di dalam hidangan dimana korang boleh menggunakan kismis bagi menggantikan gula dalam hidangan  kerana kismis terkenal dengan kemanisan nya yang semulajadi tanpa sebagang gula tambahan. Sebagai cadangan nya korang boleh cuba Kismis California bila korang nak buat dessert atau kuih-muih yang lain. 

Kenapa kena Kismis Califonia?? Haaa.. Special nya Kismis California ni kerana ianya dikeringkan di bawah matahari dan rasa manis buah kering ini lebih natural. Selain itu, ianya juga sesuai untuk di beli di pasaran dan sesuai untuk dinikmati oleh semua peringkat umur. 




Okay now I nak kongsikan sedikit resepi mudah untuk penyediakan makanan yang berkhasiat dan mudah dengan menggunakan Kismis Califonia. Resepi ini di kongsikan oleh salah seorang dietian di KPJ Damansara Specialist Hospital iaitu Rushda Adiba Ismail. 

* * * * * * * * * * * * * * * * * * *

PUDING ROTI KISMIS CALIFORNIA DENGAN SOS KASTARD

Masa Penyediaan: 20 minit
Masa Memasak: 30 minit

Bahan-Bahan
A) Puding Roti: B) Sos Kastard
· 60 gm Kismis California · 300ml susu rendah lemak
· 8 keping roti putih · 1 sudu kecil gula

· 2 sudu besar tepung kastard

· 500ml susu rendah lemak
· 2 biji telur,saiz sederhana Bahan tambahan:
· 1 sudu kecil gula · 1 sudu kecil mentega untuk
gris permukaan loyang · 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara Penyediaan:
1. Panaskan oven 10 minit pada suhu 180°c.
2. Satukan susu rendah lemak, 30 gm Kismis California, telur, gula dan esen vanila dalam satu bekas.
3. Koyakkan roti atau boleh potong. Kemudian rendam roti ke dalam campuran tadi. Pastikan semua bahagian roti terendam dan meresap bahan cecair tadi.
4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris mentega. Taburkan baki kismis, 30 gm ke atas adunan puding roti. Biarkan dalam 10 minit.
5. Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit.
6. Untuk sos kastard, campurkan semua bahan B ke dalam periuk dan kacau hingga menjadi pekat. Gunakan api kecil.
7. Puding roti boleh dipotong dan tuang sos kastard ke atas puding roti.




* * * * * * * * * * * * * * * * * * *

SALAD SAYUR BERSAMA KISMIS CALIFORNIA

Masa Penyediaan: 10 minit

Bahan-Bahan
· 60 gm Kismis California
· Daun salad (merah dan hijau)
· Ceri tomato
· Lobak merah, hiris panjang
· Sos salad (thousand island dressing)

Cara penyediaan
1. Basuh dan toskan daun salad, kemudian potong kecil.
2. Dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan-bahan. Gaul rata bersama sos salad dan sedia dihidang.
3. Sesuai dinikmati sebagai snek (sejukkan dahulu) atau boleh dihidang bersama hidangan utama semasa perayaan.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
SELAMAT MENCUBA !

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai fakta pemakanan dan petua resipi mengenai Kismis California, boleh layari https://www.raisins.org




Remember to #StaySafe and #StayAtHome semua !
Amalkan makanan yang berkhasiat di Hari Raya nanti dan makan la berpada-pada



Till then, xoxo




Thank you for reading this ^_^





No comments:

Post a Comment