Wednesday, October 07, 2020

Pengalaman FOREST BATHING dekat The Habitat, Penang.. Korang kena try !

 Assalammualaikum and Hello everyone !

Kan hari tu pika ada share yang pika dengan kawan-kawan (#GengHoHo) pergi Penang for Short Getaway dan kami berpeluang untuk try satu aktiviti yang boleh dikatakan BARU la jugak dan aktiviti ini BEST sebab ianya connects us with nature! 

Biasanya, kalau pergi Penang ni mesti orang ingat nak "Food Hunting" or "Cafe Hunting" je kan.. Well, itu pun salah satu aktiviti menarik di Penang tapi why not kita try another aktiviti yang lain daripada lain. Aktiviti yang bonding us with nature dan secara tidak langsung ianya dapat memberi health benefit kepada kita. 

Aktiviti yang pika maksudkan tu ialah FOREST BATHING! yeahh~

Ahh sudah... apa pulak Forest Bathing ni?? Hahahaa

Awal-awal tu Pika pun confuse apa benda la Forest Bathing ni.. Forest Bathing ini sebenarnya sangat popular di Japan atau kata nama lain nya "Shinrin-yoku". Wujudnya Forest Bathing activity ni sebab kadar kes kematian "bunuh diri" terlalu banyak kerana di Japan mereka terlalu stress dan workaholic. Selepas melalukan beberapa kajian untuk mengelakkan perkara ini berlarutan jadi mereka telah jumpa salah satu cara untuk atasi masalah berikut yang di panggil Forest Bathing Activity

Lagi satu special nya activity ni korang memang boleh dapat dekat The Habitat, Penang Hill sahaja! *kalau di Malaysia

Rasanya ramai yang dah familiar dengan The Habitat, Penang Hill ni kan sebab ianya dikelaskan sebagai World-Class Rainforest Discovery Centre Set dan juga merupakan oldest British Hill Station di Asia. Dekat The Habitat ini jugak ada lebih 2,500 wildlife species yang memang dijaga dan sejujurnya.. pika tak sangka Penang ada kawasan nature yang macam ni. Sebab dalam kepala ni dah imagine Penang ni macam city-life yang penuh kesesakkan dan kesibukkan kota raya je la.. Hehehe..

Nak ke The Habitat ni, korang kena naik train macam biasa then , jalan menuju ke entrance The Habitat.. Sebab dekat Penang Hill ni memang banyak tempat attraction yang lain and salah satunya The Habitat.


Introducing Mr.Low, our guide during the Forest Bathing activity

Once you arrived they will give you a form for you to fill-in. Form tu simple-simple je tentang mood anda dan bagaimana anda handle sesuatu situasi. Ianya penting kerana mereka nak analisa form tu untuk tahu improvement yang anda dapat selepas aktiviti Forest Bathing ni.

They will give briefing first about the activity and apa yang kita akan buat sepanjang session ni. Forest Bathing session takes about 2-3 hours dimana kita akan spend time dengan NATURE ! So, please tenang kan fikiran anda masa tu.. buang segala fikiran/ ganguan lain dan fokus kepada alam sekitar. 

Kembali semula kepada topic Forest Bathing tadi.. Forest Bathing ni merupakan salah satu therapy atau ecotherapy yang dapat dikatakan dapat improve kesihatan tubun badan kita dan juga minda secara keseluruhan. Semasa activity Forest Bathing ni, mereka akan connect us with nature dengan menggunakan 5 senses yang kita ada iaitu, Sight, Smell, Touch, Hearing and Taste. 

Dalam kehidupan seharian kita memang kita akan gunakan senses yang kita ada ni tapi pernah semasa aktiviti Forest Bathing ni kita akan connects our senses ni dengan nature. Dimana kita akan hidu bau-bau segar hutan, permandangan hijau yang damai, hirup udara yang segar dan embrace the nature. Apa orang kata... Rejuvenate and revitalize with Mother Nature gituuuuu..


The first activity dorang akan bagi kanta pembesar ini untuk kita teliti pokok-pokok secara dekat.

Seronok ye mereka ni

kalau bertuah, anda akan jumpa giant millipede ni.. 
Boleh la say Hello dekat dia.. kalau takut serangga korang rugi laa.. hahahaa

Sepanjang aktiviti Forest Bathing ni anda akan berjalan sepanjang Park Trail yang dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi di dalam The Habitat ni. Trail ini dikatakan sudah lama ada dari zaman British duku and they develop balik elok-elok and jadikan The Habitat. 


Memang fefeeling sangat, walaupun pukul 11pagi yang mana biasanya matahari terpancar sinar tapi bila dekat The Habitat ni tak terasa. Tenang je suasana dan keadaan waktu tu.. Dengar bunyi-bunyi hutan dan kehijauan hutan yang menenangkan nak nak bila ada tiupan angin pulak.. best best !

Terima Kasih jugak dekat Mr.Low ni sebab melayan karenah kami yang kadang-kadang tak terkawal ye. Ada member i sorang tu.. dia boleh pergi petik daun dekat situ.. Aiyooo.. lawak-lawak..I tak boleh lupa riaksi Mr.Low time tu.. terkejut dia.. Hahahaa.. Dorang punya la nak preserve nature dekat situ.. Aiyooo.. 

ni dah kenapa macam drama.. gaduh ke tuu.. ahahahaa
*candid shots by me :P




Haaa... ini lagi satu aktiviti menarik boleh dikatakan highlight of the Forest Bathing activity laa iaitu Breathing Exercise. 

Amboi ziss.. menikmati sungguh tuu


yang sorang ni aktif 24/7


Waktu breathing exercise ni mereka akan bentang kan mat macam ni and korang akan baring dan fully immerse dengan nature. Jangan risau, takde orang lalu lalang sangat dekat sini.. kiranya takde la korang terbaring dikhalayak ramai.. hahahaa.. tempat dia tersorok sikit.. so no shy shy ~

Breathing Exercise ni bagus sebab ianya membantu kita untuk focus secara tidak langsung dapat menenangkan tubuh badan dan juga minda kita. A good way to relax and release stress or tension. Breathing Exercise ini digalakakan untuk dilakukan selalu lagi-lagi waktu awal pagi kerana udara masih segar. Gunakan teknik ini bila anda tengah stress kerana ianya dapat tenangkan diri anda and take a moment for a break from the hustle and struggles. Jadi luangkan sedikit masa untuk lakukan Breathing Exercise ni sebab ianya juga merupakan salah satu teknik meditasi yang baik untuk tubuh badan dan minda anda. Kalau anda dapat lakukan dalam suasana nature lebih bagus kerana udara lebih bersih dan segar, quality udara yang flow dalam badan pun baik. 


Kalau anda tak focus, anda akan end-up fall asleep easily macam member pika sorang ni. Hahahaa.. 
Tapi one good benefit of breathing exercise tu pun untuk memudahkan kita tidur. So, agak-agak memang susah nak tidur tengah-tengah malam tu boleh la cuba Breathing Exercise ni. 

Selesai Breathing Exersice tu.. kami teruskan perjalanan untuk menikmati alam sekitar dalam The Habitat Penang Hill ni. 

The Langur Way Canopy Walk from far


Ada satu session tu dimana kita akan berdiri dan pandang hutan-hutan yang ada di depan mata. Take a few moment and lihat kehijauan alam sekitar.

Kajian menunjukkan, jika anda spend masa lebih dalam kawasan hutan or nature ni anda akan lebih tenang dan stress level akan kurang. Jadi, rajin-rajin kan lah diri untuk bonding with Nature okay

Basically, The Habitat ni boleh dikatakn luas jugak laa.. Tengok map dia tu.. Kalau jalan-jalan dalam The Habitat boleh cukup step counting 10,000 step. Hehehee..

Anda jugak tidak perlu risau kalau dahaga ke tengah jalan-jalan dalam The Habitat tu sebab mereka ada sediakan water dispenser. Kalau ada botol air korang boleh refill air 

Bonding with nature ~


Some informative board yang korang boleh baca

Haaa.. seterusnya sesi untuk uji bau/smell

Basically, dia akan suruh kita pejam mata and smell the leaves yang dia bagi and we have to guess it

macam-macam karenah ye kami time tu.. hahahaa.. masing-masing nak teka tapi salah... wakakkaaa..takpe confident tu penting.. anyway, sesi ni lebih relaxing gitu

ini dia bukan nak petik pokok tu taw.. dia nak merasa texture daun-daun disitu..

kemudian, kami di minta untuk bukak kasut so that kita boleh jalan barefoot 

ianya untuk kita lebih fefeeling into nature.. kan awal-awal dia dah pesan untuk kita lebih peka dengan senses yang kita ada..

This is the last session untuk aktiviti Forest Bathing ini dimana dia menguji taste bud kita

dekat sini kitaorang santai-santai dibawah pokok macam ala-ala picnic tuu.. Haaaa

Memang fefeeling sungguh

mereka akan keluarkan beberapa jenis refreshment untuk kita focus on our taste bud. I ada gambar refreshment tu tapi tak nak nak share nanti kantoi.. korang dah tahu ada apa.. Hahahaa

Lepas tu ada kekacang sikit

cheers~

and also tea session..
**Haa.. cute kan Mr.Low ni..oppa oppa sangat taw

Masa ni sedikit sebanyak kita belajar tea manners dan bagaimana cara untuk hidangkan teh dengan betul. Ada ke penggemar teh diluar sana? Heheheee

Last sekali, sesi meluahkan perasaan.. #ehh.. hahahhaa 
Basically, share la apa yang buat korang stress dan sebagainya.. how normally we overcome our stress and does this Forest Bathing helps you overcome your stress and more.. 

Special Thanks to Mr.Low for your guidance during The Forest Bathing session. It was fun session bonding with nature. Thank you layan karenah kami yang kurang kawalan ni.. Nasib baik Mr.Low ni penyabar orang nya.. Hahahaa.. 

Surprisingly kadang-kadang tu, kita ni tak perasan anugerah yang Allah bagi pada kita. And dekat sini, kami belajar macam mana nak hargai sesuatu even on a little things. Belajar untuk lebih besyukur dan hargai alam sekitar.. Everyone is blessing with beautiful life.. it is depends on our perspective on how we want to view it.. Be happy with what we have and count every blessing you have. InshaAllah.. And bonding with nature is definitely one of the best idea for you to find your inner-peace and relaxing moment. 


Benefit of Forest Bathing:-

- Improves immune system

- Cancer prevention

- Reduce stress

- Reduce anxiety

- Increase vigor

- Reduce depression

- Reduce anger

- Improve sleep

- Corrects blood pressure

- Cardiovascular relaxation

- Reduce blood glucose

- Reduce Heart rate

- Increase Adiponectin

- Homeostasis recovery


FOREST BATHING activity is available on FRIDAY, SATURDAY and SUNDAY sahaja.. Setiap Forest Bathing session akan bermula jam 10 pagi and Pre-booking is required !

Contact: +60196457741

Email: inquiry@thehabitat.my

Price: RM138/ pax



Package Includes:-

- Fast Lane Train Ticket

- Standard Entrance Pass

- Meditation

- Breathing Exercise 

- Earthing




After the Forest Bathing session, it's free & easy time for us to spend at The Habitat. You can walk-around and enjoy attraction in The Habitat. 

First, kami berpeluang untuk cuba Zip line. I takde gambar waktu zipline since tak boleh pegang phone so.. I save it in my memory je laa.. Hahahaa..

Flight of the Colugo Ziplines



MUST MUST MUST go when you at The Habitat is Curtis Crest Tree Top Walk which is the highest accessible lookout point in Penang at 800 meters above sea level ! Wowww~


Memang banyak naik tangga tapi berbaloi. Once you dah sampai atas tu.. View dia Subahannallah sangat cantik. 

Unlock views spanning from the south to the northern most tip of Penang.

Dekat atas ni korang boleh nampak 60% Penang katanya

Group Photo every angle !

Berbaloi naik tangga tuuu! Hehehe.. Once dah datang The Habitat, korang wajib ke sini..


Next, kami ke Langur Way Canopy Walk, the longest double stressed ribbon bridge in the world and the only one of its kind in a rainforest. 

Sits 40 meters above the forest floor at the canopy layer of the rainforest, where oever 50% of animals live


" Look deep into nature, and then you will understand everything better "


Don't forget their giant swing as well !

Overall, my experience at The Habitat was FUN !

I tak tahu wujudnya FOREST BATHING ni dekat Malaysia kalau I tak pergi The Habitat ni.. Hehhee.. Probably one of the best exposure for us.. Kalau korang berminat nak bonding with nature, do consider Forest Bathing Activity at The Habitat Penang ni okeyy


Till then, xoxo



Thank you for reading this ^_^



2 comments:

  1. OMG! Lawanya gambar-gambar! Terus jadi rindu nak ke sini. Soon nak repeatlah. Cantik sangat tempatnya pergi banyak kali pun tak bosan. Tenang je...

    ReplyDelete
  2. Informative and interesting! Hahaha bkn slalu dpt mndi dlm hutan ni haha anyway this thing mmg totally a new thing for me xpnh tahu wujud pun terapi hutan selama ni! Thanks the habitat suggest kat ktorg to try out this and thanks guys for making it feels so much of fun! I lap u ouls #HoHo

    ReplyDelete