Friday, September 25, 2020

Aktiviti-Aktiviti Menarik di Pulau Pangkor

 Assalammualaikum and Hello everyone !

Haaa.. hari tu pika dah janji nak share aktiviti menarik di Pulau Pangkor kan.. So, here it is.. Pika nak listkan tempat-tempat yang pika sempat pergi hari tu.. Actually banyak lagi tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor ni.. Since kami di Pulau Pangkor hanyala 3D2N so kami sempat menyinggah ke beberapa tempat sahaja yang pika rasa cukup menarik untuk dikongsikan. 

Kalau aktiviti ke Pulau ni korang mesti ingat aktiviti yang ada hanyalah snorkeling je kan.. Haaa.. actually banyak lagi aktiviti-aktiviti lain... tapi snorkeling tu tetap ada.. cuma tambahan lain buat mereka yang mencari idea lain selain snorkeling. 


 Feed the Hornbill 

Hornbill atau nama melayu nya Burung Enggang, sejenis burung yang ada paruh dan unik dari species burung-burung yang lain. Hornbill ni ada banyak jenis species  Boleh dikatakan ini antara tarikan terbaru di Pulau Pangkor dan ramai yang mungkin tidak tahu tentang ni.. 

Nak Feed the Hornbill ni biasanya bermula jam seawal 6PM korang dah kena ada dekat Sunset View Chalet, Teluk Nipah ni. Sebab itu merupakan sekitar waktu untuk bagi Hornbill ni makan. 

Ini lah Pak Din, orang pertaman yang discover makan kegemaran hornbill ni apa.

Makanan kegemaran hornbills ni ialah PISANG ! 


So, the moment korang sampai dekat situ, korang dah boleh nampak Hornbill tu berterbangan atau menginap di kayu, pokok, tiang elektrik dan lain-lain. 

Sekitar jam 6.00 petang, Pak Din akan mula bersiul untuk gather kan burung-burung Hornbill itu di kawasan chalet dia. Burung-burung pun dah kenal siulan Pak Din ni dan serombongan burung akan datang dengan banyak dalam masa yang sama.


Awal-awal Pak Din akan demonstrate macam mana nak bagi Hornbill ni makan dan kemudian anda boleh try it for yourself. Pak Din akan bagi peluang kepada semua yang datang melihat untuk try this. Bergantung kepada kuantiti pisang pada waktu itu lah..



Time: 6PM sharp
Location: Sunset View Chalet, Teluk Nipah
Entrance Fee: Percuma (tapi anda digalakan untuk beri sumbangan seikhlas mungkin)




  * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 



 Island Hopping & Snorkeling 

Semestinya, kalau dah sampai di pulau kita mesti nak ronda-ronda pulau kan.. nak jugak experience snorkeling aktiviti. Tapi Island Hopping dekat Pulau Pangkor ini agak berbeza sebab dia tak semua stop kita kena turun nak snorkelling.. basically dia bawak kita ronda-ronda sekitar Pulau and ada satu stop di mana dia akan berhenti dan kita berpeluang untuk snorkelling.. Lebih santai la kiranya tak la memenatkan nak kena snorkelling every stop. Hehehee.. 

Antara tempat yang kami visit adalah Pantai Segadas, Teluk Nipah, dan Pulau Giam


Memandangkan aktiviti air, I realize that I tak banyak ambil gambar tapi banyak ambil video. Korang boleh click HERE untuk tengok video tu. By the way, let's appreciate how beautiful Pulau Pangkor is !

Ini tempat tinggal kami, Pangkor Village Beach Resort dari sudut pandangan laut. Lawa kan!

Mereka jugak akan bawak ronda-ronda di kawasan perikanan di Pulau Pangkor ni


Kemudian, kita akan berhenti berehat untuk makan tengah hari di Pulau Giam

Looking at the view pun dan buat kita tenang
who else need Vitamin SEA?

Lepas makan, boleh sambung untuk mandi-mandi pantai dan bergambar



Untuk package Island Hopping di Pulau Pangkor ni korang boleh booked dekat Pangkor Village Beach Resort ni jugak. Service yang baik dan brader yang guide kitaorng pun friendly. 


 * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 


 Masjid 1000 Selawat 


Masjid Seribu Selawat atau nama lain dia Masjid Al-Badr, masjid terapung di Pulau Pangkor yang menjadi tarikkan para pengunjung. Ianya bukan sahaja tempat beribadah malah seni bina masjid ini sangat la cantik dan unik yang boleh dikatakan mirip seperti binaan Masjid di Turki dan secara tidak langsung menjadi salah satu tumpuan di Pulau Pangkor ni. 

Masjid ini terletak di Kampung Teluk Gedong yang mempunya i keluasan 1708.8 meter. Masjid ini sangat la cantik from the moment korang masuk berjalan dari pintu gerbang sampai la kepintu masuk masjid itu. Seni bina masjid ini mengetengahkan identiti Perak dari setiap sudut binaan nya. Masjid ini dirasmikan sendiri oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan ianya jugak merupakan masjid terapung pertaman di negeri Perak. 

Korang boleh lihat reka bentu masjid ini penuh dengan ukiran seni halus Islam dan kaligradi 1000 selawat. Sangat cantik dan unik! Masjid ini beroperasi seperti biasa untuk menunaikan solat tapi masih mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. 

From the moment you masuk dari pintu gerbang sehingga la ke dalam masjid korang akan terpegun melihat reka bentuk dan seni bina masjid ini. 

Location: Kampung Teluk Gedong
Entrance Fee: Percuma (digalakkan untuk bersedekah)


 * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 


 Masjid 1000 Doa 

Selepas ke Masjid Seribu Selawat, kami terus ke Masjid Seribu Doa atau lebih dikenali sebagai Masjid Cina ini kerana reka bentu Masjid ini mempunyai element budaya cina. Di sini kita boleh lihat bertapa indah nya agama Islam itu menggabungkan element-element simbolik harmoni. 

Ini lah rupa Masjid Cina itu dari luar. Reka bentunya sangat la cantik. Tapi waktu kami datang hari tu, mereka tutup Masjid itu kerana nak follow SOP bagi menjaga kebersihan masjid itu. Sedih sedikit la disitu tapi ianya untuk keselamatan dan kesejahteraan bersama.. tapi Masjid ini akan dibuka ketika waktu solat. 


Jadi, pika adalah buat sedikit research tentang Masjid ini rupanya dari dalam..

Sumber: Facebook Perak Press


Sumber: Facebook Perak Press

Cantik kan!!!!

Disebabkan tidak boleh masuk ke Masjid jadi kami bergambar di sebalik tembok masjid sahaja.. Hahahaa.. Lawak time ti.. terjengket-jengket nak bergambar. Hahahaa..


Time: Waktu solat fardu
Location: Sg. Pinang Kecil (Chinatown)




 * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 


 The Dutch Fort 

Kemudian kami ke The Dutch Fort, salah satu tempat peninggalan yang bersejarah di Pulau Pangkor ini. Sejarahnya tempat ini dibina oleh Belanda pada tahun 1670 sebagai tempat perlindungan bekalan timah dari Kesultanan Perak dan dihancurkan oleh orang Melayu pada tahun 1690 kerana mereka tidak berpuas hati dengan tektikBelanda yang menyalah penggunaan kuasa ini. 

Tapi Belanda bangunkan kembali Kubu ini pada tahun 1743 tapi mereka ketatkan kawalan di kawasan Kubu itu dengan meletakkan sebanyak 60 orang tentera untuk menjaga kubu itu sehingga lah pasukan itu dibubar dan tempat ini ditinggalkan.

Kemudian Kubu ini dibina semula oleh jabatan muzium Malaysia pada tahun 1973 dan diwartakan sebagai monumen dan tempat bersejarah di Perak. Haaa.. seronokkan sedikit sebanyak tahu tentang sejarah-sejarah setiap lokasi

 Sekarang The Dutch Fort ini merupakan salah satu tempat tarikan di Pulau Pangkor dimana pengunjung akan datang untuk tengok hasil peninggalan sejarah ini. Selain tu tempat ini jugak menjadi hot spot untuk bergambar. 

Entrance Fee: Percuma


 * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 


 Turtle Conservation (Sea Turtle Incubation Centre) 

Turtle Conservation di Pulau Pangkor ini merupakan salah satu tempat yang baik untuk kita peroleh ilmu tentang hidupan laut dengan lebih baik terutamanya kehidupan Penyu. 

Penyu species yang dikategorikan sebagai species yang terancam kerana terlalu banyak ancaman semulajadi dan persekitaran termasuk aktiviti-aktiviti harian manusia sendiri. Populasi penyu ini semakin hari samakin berkurangan dan kepupusan oleh kerana faktor-faktor berikut. Maka dengan itu, wujudnya Pusat-Pusat Penjagaan Penyu bagi memelihara species itu. 

Kalau cakap pasal penyu je mesti korang ingat penyu ni wujud di Terengganu je kan.. Haaa.. tidak.. Penyu ini actually ada di merata lokasi dan setiap lokasi ada species-species yang berbeza. Anda boleh lihat dekat baner tu. Actually, I pun baru tahu. Hehehe.. Nampak tak sedikit sebanyak tambah ilmu kita.

Penyu ini ada 7 species iaitu Penyu hijau, Penyu tempayan, Penyu karah, Penyu pipih, Penyu belimbing, Penyu lipas dan Penyu Kempi. Ianya digolongkan dalam haiwan jenis vertebrata (bertulang belakang). enyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkerang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin. - sumber: Wikipidia


Anak penyu yang dijaga mengikut peringat usia mereka selepas menetas. Yang dalam kolam ini penyu-penyu ini berusia 1-2 bulan.. memang fresh baru lepas menetas la ni kiranya.



Ini penyu yang dah besar, berusia 1-2 tahun, di tempatkan di kolam yang berbeza


Kami juga berpeluang pergi ke pesisiran pantai dimana mereka explain bagaimana penyu akan bertelur, apa pantang larang nya dan banyak lagi. Basically, mereka memang pelihara penyu-penyu ini sehingga besar dan mereka akan lepaskan penyu ini bila mereka dah pandai bawa diri di laut. So, mereka bijak untuk berlindung dari ancaman-ancaman lain. Basically, tempat ini memang tempat untuk kita gain knowledge about Turtles and sedikit sebanyak how we can save them. 


Time: 10am - 2pm , 4pm- 7pm
Location: Jalan pasir Bogak
Entrance Fee: RM5/adult


 * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 


 ATV Adventure Pangkor 


Probably one of the best activity yang I experience masa dekat Pulau Pangkor hari itu ialah ATV Jungle Adventure. I truly enjoy this activity!! I tak tahu pulak dekat Pangkor ni ada aktiviti FUN macam ni. I ni type of person suka extreme sport/ acitviti tapi ada certain activity pika tak boleh buat sebab weight limitation ke apa ke kan. But that doesn't stop me. If I can do it, I will do it ! Hehehe

Previously of course la I pernah naik ATV ride tapi road dia macam sempoi-sempoi gituu.. But this one literally, kita naik ATV dalam Jungle!! it was challenging but FUNNN at the same time. The memory still fresh in my mind until today.  

Trek kami pada hari tu merupakan trek level 3 which considered as one of the extreme track

Perjalanan ATV Jungle Adventure ni ambil masa dalam 2 jam setengah macam tu

Korang akan ride dalam kawasan jungle tapi jangan risau kalau tersesat ke tersangkut ke sebab mereka akan escort korang sepanjang perjalanan. Korang akan ride ATV starting from kawasan jungle lepas tu korang akan ke puncak mercu tanda di Pulau Pangkor yang dikategorikan sebagai highest point setinggi 350 meter (1,146 feet) and akhir skali korang akan ride di kawasan pesisiran pantai. 


Jika kau fikir kan kau boleh.. Kau pasti boleh melakukan ! Hehehee
Thank you for the awesome memory gaisss !


Location: Teluk Nipah, Pulau Pangkor

Price Rate:-
ATV Manual One Ride: RM80
ATV Auto One Rider: RM100
ATV Auto 2 persons: RM150-RM180

Contact: 011-27460251


 * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 


 Laris (Duty Free Shop) 

Haaaa.. memandangkan Pulau Pangkor ini merupakan salah satu Pulau bebas cukai di Malysia, jadi korang janagn lepas kan peluang untuk membeli-belah. Sebelum kami berangkat pulang, kami isnggah di Laris Duty Free Shop Pangkor.yang terletak berdekatan dengan kawasan jeti.

Ini rupa kedai tu dari luar

Pelbagai jenis coklat ada jual dalam kedai ini. Semestinya coklat-coklat yang korang jarang lihat di mana-mana tempat kerana exclusively dekat duty free shop

rambang mata jugak lah hari tu nak memilih coklat sebab nak bagi souvenir dekat my famliy. Hehehe

Selain coklat, korang jugak boleh beli perfume sebab harga dia murah sedikit berbanding kalau korang beli dekat any perfume outlet di luar. 

DONE Shoppingggg~



Sepanjang percutian kami di Pulau Pangkor, kami memang mengikuti SOP yang ditetapkan.. jadi kepada mereka yang nak bercuti jangan lupa kita kena ikut SOP and get used to the NEW NORM untuk kesejahteraan dan keselamatan kita bersama. Keep hygienic and clean all the time.. basuh tangan, pakai sanitizer and pakai face mask terutamanya bila anda di kawasan awam..


Stay Safe everyone !

Jom #CutiCutiMalaysia 



Till then, xoxo




Thank you for reading this ^_^



1 comment:

  1. Omg lama betul rasanya tak ke Pulau Pangkor. Teringin sangat nak cuba aktiviti feeding the hornbills tu. Menarik betul!

    ReplyDelete