Monday, October 18, 2021

Aktiviti Menarik Di Labuan

 Assalammualaikum and Hello everyone !

Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ni, I akan share dengan korang aktiviti-aktiviti yang sempat kami lakukan sepanjang trip di Labuan. Rasanya, ramai yang dah tahu, Labuan ni negeri bebas cukai dan semestinya tempat yang terbaik untuk korang shopping. Tapi sebelum korang terus shopping, why not korang singgah beberapa tempat tarikan pelancong di Labuan. 


 Labuan War Memorial Tour 

Antara tempat bersejarah yang korang boleh singgah di Labuan adalah Tanah Perkuburan Perang Labuan yang terletak di Jalan Tanjung Batu. Disini adalah tempat persemadian 3905 anggota tentera bersekutu yang terkorban di Borneo pada Perang Dunia Kedua dulu.

Sebahagian daripada mereka mati ketika dalam tawanan tentera Jepun. Kebanyakkan anggota tentera yang disemadikan di sini berasal dari Australia dan Britain, manakala yang lainnya terdiri dari anggota-anggita Kor Semboyan Punjab (Punjab Signal Corp), dan anggota-anggota tentera New Zealand dan Malaysia. 


Kebanyakkan batu nisan di sini diukir dengan mesej atau pesanan menyayat hati daripada kaum keluarga mereka yang lainnya diukir dengan perkataan " Hanya Tuhan Yang Mengetahui" (Known unto God). 

Batu-batu nisan bagi menandakan pusara para pahlawan ini tersusun rapi di taman yang aman lagi tenang ini. Nama anggota-anggota tentera yang disemadikan di sini dipamerkan di papan kenyataan untuk kemudahan para pengunjung. Tanah Perkuburan Perang ini dibina dan di selenggara oleh Suruhanjaya Tanah Perkuburan Perang Komanwel (Commonwelth War Graves Commission)




* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 


 Muzium Marin Labuan 


Tidak lupa jugak, anda boleh singgah ke Muzium Marim Labuan. Di sini mereka pamerkan  hidupan marin di perairan Borneo dan Labuan. Banyak khazanah warisan alam segar yang dipamirkan bagi tujuan pelajaran untuk generasi akan datang

Muzium Marin Labuan reka bentuk berkopsepkan kapal di dalam Kompleks Suka Laut Antarabangsa Labuan. Dibuka secara rasmi pada 16 Januari 2003. Seperti biasa, dengan NEW NORM ni bercuti pun korang tetap kena follow SOP okay. 

Lebih 572 koleksi spesimen marin dan bahan kontemporari seperti peralatan memancing, menyelam dan peralatan oceanografi. Galeri aras bawah muzium terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Hidupan Marin, Maklumat Kapal Karam, Terumbu Karang dan Paya Bakau. Manakala, galeri aras atas mempamerkan maklumat pelbagai spesies hidupan marin, peralatan memancing ikan tradisional dan moden serta peralatan menyelam.



Haaa, ini merupakan tarikan istemewa di Muzium ini ialah tulang seekor anak paus Indian Fin sepanjang 42 kaki yang berusia lebih 100 tahun. I teruja betul tengok. hehehe.


Lagi satu keistimewaan di Muzium Marin Labuan ini ialah seekor dugung. Ini dugong betul taw bukan patung, Dugong ni diawet untuk pameran di muzium. Haiwan ini dijumpai terdampar di Pulau Papan, salah sebuah pulau kecil di perairan Wilayah Persekutuan Labuan

I snap gambar ni khas untuk anda timba ilmu tentang ikan. Hehehee.. Kalau nak tahu lebih tentang hidupan laut, make sure korang singgah ke Muzium Marin Labuan ni okay.




* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 


 Ramsey Point Beach 

Kalau korang dah sampai ke Muzium Marin tu, korang boleh singgah ke Pantai Ramsey Point ni untuk dapatkan suasana pantai. Hehee..walking distance je


Waktu kitaorang sampai tu ombak agak gelora angin pun kuat. I yang tak berapa nak ringan ni auto perasan ringan sebab angin kuat sampai badan rasa ank berterbangan #drama. hahahaa

Lawa jugak ea I ambil gambar. Hahhaaaa

Semua tempat-tempat ni walking distance je from Muzium Marin tadi. 




* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 


 UTC & Labuan Central Market 


Haaaaa.. Shopping time !
Kalau nak shopping di Labuan korang boleh singgah di UTC Labuan. Dekat sini banyak benda korang boleh 

kelihatan segar buah-buahan itu ye

Wajib la beli kalau dah sampai ke Labuan ni

shopping jangan tak shopping

dah hangkut bakul ye gais..

Bestnya shopping dekat sini, korang boleh request untuk packing kan dalam kotak, so mudah urusan korang nak bawak balik naik flight nanti. Tak payang nak sumbat-sumbat dalam lugguge yang dah nak meletop tu.. hahhahaaa **Refer dekat diri sendiri

Done shopping!

I beli Ikan bilis mata biru, sotong kering (cumi), udang kering, ampang dan lain-lain yang telah selamat dalam perut ku. Hahahaaa.. Dari segi harga, korang try bargain la and kalau rajin ronda-ronda survey dulu setiap kedai. Alhamdulillah, kitaorang bernasib baik jumpa kedai yang tawarkan harga lebih berpatutan (Thanks to Neyra a,k,a "sugar mummy" I sebab dia yg power bab2 ni.. Hahaa). 





* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 


 Labuan United Nation Beach 

Kalau dah sampai Labuan, korang kena la singgah dekat Labuan United Nation beach ni sebab pantai ni dapat pengiktirafan antarabangsa oleh United Nation (Persatuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB) sebagai antara 101 pantai terbaik di Asia. Haaa... Power tak power.


Waktu kami sampai dekat pantai tu memang teruja la tengok keadaan pantainya yang bersih dan bunyi ombak yang tenang. Wuuuu~ Penduduk tempatan Labuan cakap dekat sini jugak merupakan spot terbaik untuk tengok sunset.. So kalau korang ada masa, singgah la dekat sini untuk menikmati permandangan sunset. 



Rasanya macam dah panjang lebar pulak i bebel untuk entry kali ni. I akan sambung aktiviti seterusnya dalam PART 2 okay..



Till then, xoxo




Thank you for reading this ^_^



No comments:

Post a Comment