Saturday, August 17, 2013

Bergaya & Bersolek itu salah?

Assalammualaikum


Hai Supremo!

 Hari ini Pika nak share tentang sesuatu yang berkaitan dengan pengalaman Pika yang Pika alami sebagai seorang Gadis yang suka Bergaya dan Bersolek..Senang cerita Pika ni minat sangat Fesyen dan main Makeup-Makeup ni..Sifat dan Gaya Pika ni berbeza dari sifat-sifat adik-beradik Pika yang lain...kadang-kadang ada jugak orang bawak mulut dan orang yang bawak mulut tu mulut dia lagi lazer patah petir ouhh! Jadi, persoalan yang pika nak cuba sampaikan sekarang ialah "Salah ke Kalau Minat Bergaya dan Bersolek?"

Cerita ini hanya sebagai cerita buat ambil iktibar buat sahabat-sahabat yang lain..dan berdasarkan pengalaman Pika sendiri..sebenarnya perkara ni Pika dah kena since dari kecil lagi sampai la dah besar dewasa ni, orang selalu mempertikaikan gaya Pika yang berbeza dengan adik-beradik Pika yang lain..kadang-kadang adik beradik Pika sendiri pun selalu gak bawak mulut ni..Aishhh..Sabar jelahh yang mampu tapi dalam hati ni, Allah je yang tahu..Sebelum tu Pika nak ingatkan kalau kita nak mengata orang, tengok diri sendiri dulu, Perfect sangat ke aku ni nak mengata orang..kadang-kadang kalau nak beri nasihat tu biar la kena pada tempatnyaa jangan pakai redah je...


Al-kisah nya dari kecil lagi pika memang minat sangat Bergaya dan main Makeup-Makeup..tapi waktu kecil-kecil dulu main makeup ibu je..sekarang dah besar sikit boleh la nak collect makeup sendiri..itu pun dipertikaikan..benda yang orang selalu bangkitkan ialah "Natural Beauty" Aishhh..salah ke kalau kita nak makeup? dosa sangat ke? orang yang mencuri, merompak tak nak pulak dikecohkan..ni orang nak bergaya sikit pun tak boleh..Stressssssssssss *bak kata Gary Oppa RunningMan hihii..

Akan tetapi, pika memang tak kan kalah la dengan orang macam ni..orang yang suka mengata tapi tak cermin diri sendiri dan sibuk nak jaga tepi kain orang..Bawak2 bertaubat la..penat je Solat 5 waktu tapi mengata dan membukak Aib orang...Sia-Sia je weyhh amalan tu! itu semua cerita mereka dengan Allah nanti..pika tidak akan GiveUp dan terus berkongsi minat-minat Pika dengan korang semua..kalau minat boleh terus keep on follow blog pika..sayanggg korang semua :D


Biar Muka Tak Lawa tapi Hati Jangan Busuk !



ini pulak contoh jenis-jenis makeup yang harus korang faham sebelum menilai....

hello! this is what we can call makeup tebal! 
Pika ni kalau keluar takde lahh sampai nak makeup macam ni..kalau setakat nak main-main makeup sorang-sorang dalam bilik mungkin yelahh, lepas tu cepat-cepat removes semua makeup tu..hahahaa...tapi kalau nak keluar rumah makeup tebal macam ni..Pika pun jadi takde confident kalau makeup tebal-tebal..pika ni lebih suka makeup yang hanya sekadar untuk menutup eyebag dan flaws yang ada..seem natural la gitew..warna-warna eyeshadow yang pika ada pun kebanyakkannya warna Tanah atau lebih dikenali sebagi earth tone color..mungkin warna lipstick yang perlbagai..



pika kalau nak apply makeup tu lebih kurang macam ni lahh..mungkin tak secantik model ni..hehehehee..
pika selalu utamakan untuk cover eyebag dan flaws..pika jarang gunakan foundation sebab foundation memang tidak elok untuk kulit jika pakai hari-hari..pika lebih utamakan concealer..mesti kena pakai concealer then apply eyeshadow yang lebih kepada earth tone, eyeliner, mascara and buat shading tulang pipit sikit pastu pakai lipstick..takde la makeup tebal macam tepung komak tu..



ini pulak dikatakan Makuep Trick..Mungkin dimata kasar anda nampak macam Natural Beauty je kan..jangan la mudah tertipu..terang-terang ini jugak merupakan MakeUp Trick untuk muka nampak lebih flawless dan natural..ini jugak kategori makeup..! ada sesetengah orang tak faham..dorang ingat makeup tu mesti nak kena calit tebal-tebal..tak semestinya macam tu...ada jugak yang jenis makeup natural look hanya untuk cover eyebag dan flaw yang ada..ini adalah tektik yang selalu digunakan oleh pihak yang menjual skincare untuk melakukan barang-barang mereka..hehehee..bocor sudah rahsiaaaa...



nahh! Vanessa Hudgens yang HOTT dan Cantik uolsss...
okay, sekarang bandingkan gambar sebelah kiri dan sebelah kanan..yang mana korang lebih selera nak tengok..inilah maksudnya dengan Natural Makeup Beauty VS Bare Naked Face...


jadi, sebelum menilai..korang kena paham dan teliti..dah sah baru menilai..
jangan pakai redah je!!

nak faham lebih lanjut boleh tengok video ni..memang membantu dan memahami apa yang korang kena fahamm...



setiap wanita ingin menjaga penampilan mereka...dan macam pika pika ada masalah macam tona kulit tidak sekata dan eyebag ternyata..so, dengan bantuan concealer pika dapat cover masalah-masalah tu..terima kasih concealer! hehehheheeee..nak tahu cancealer apa yang pika guna boleh check LINK NI



Cerita Ini sekadar luahan hati yang dari kecil pika simpan.......lamanya aku simpan..HAHAHAHAAA..
Siapa kena nasib yang sama macam pika? Angkat Tangan..Marilahh kita sama-sama Tabahkan diri untuk terus hidup dengan cara kita sendiri dan keselesaan kita..tak perlu laa memikir dan melayan orang yang hatinya busuk tu dan hasad pada diri kita..buat apa yang kita yakin dan bahagia :)

*ada Sesiapa yang Sentap baca ni?? Maaf la ye, ini hanya pengalaman pika yang pika simpan dari kecil lagi dan ingin berkongsi dengan orang diluar sana..agar kita sama-sama memperbaiki kesilapan kita dari menyakiti hati orang..kita sama-sama manusia kannnnn..


Kata-Kata Akhir..Doakan Untuk Kesihatan Ibu pika ye ;)
Semoga Allah membalas jasa baik anda semua..Terima Kasih...


Till Then,




Thanks for reading this ^_^


6 comments:

  1. Sabar ye pika.. Biasa lah, kita ni kan manusia.. Tak perfect.. Takkan dapat puaskan hati semua org..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, pika akan kekalkan kesabaran ni..
      thank you kak anis..

      Delete
  2. sabar tau pika..mulut org yg xsuka tgk kita senang memang mcm tu..akk pun suka bergaya dan makeup cantik2..jom kita pakai cantik2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulahh...mulut org kann..lantak p kat dia lahh..
      btw, thank you kak asyik ;)

      Delete
  3. selamat hari raye pika....sabor je lahhhhhh!! kbanykan manusia mmg mcm tu tp keadaan kite sama laaahhhh...

    ReplyDelete
  4. alahhh yang u makeup x tebal pn bcoz lipstoc je yg mnyala gtuh hahaha but then yg lein natural kn...akk yg XSUKE makeup pn kna gak la cover cacat cela yg ade kang lari plak awk ble jmp! hahahhahahhaa keep up keep up

    ReplyDelete